Ahad, 23 September 2012

The Choice By Ahmad Deedat > Satu Penghujahan Mematahkan Keangkuhan Nasrani

Sambil-sambil melayan rancangan televisyen, tergerak pula hati hendak menyambung pembacaan sebuah buku bertajuk "The Choice" karangan seorang pemikir dan pendebat Islam yang terkemuka sebagai tokoh penghujah pembandingan agama iaitu Almarhum Sheikh Ahmad Deedat. Bagi yang belum mengenali beliau, di sini ada sedikit coretan biografi beliau :

Nama sebenar beliau adalah Sheikh Ahmat Hussein Deedat. Beliau dilahirkan di Gujerat, India pada 1 Julai 1918M bersamaan 22 Ramadhan 1336H. Sangat dikenali sebagai seorang pendakwah Islam yang sangat berkarisma, tawadhuk serta sangat bijaksana berdebat menentang pendakwah-pendakwah kristian. Beliau telah berpisah dengan bapanya hingga tahun 1926. Bapanya adalah seorang tukang jahit yang mana dengan kerjanya itu terpaksa berhijrah ke Afrika Selatan selepas kelahiran Ahmad Deedat.

Tanpa pendidikan formal dan untuk menghindar daripada kemiskinan, Ahmad Deedat telah menyertai ayahnya pada 1927 di Afrika Selatan. Perpisahan beliau dengan ibunya setelah ke Afrika Selatan adalah pertemuan terakhir kerana ibunya telah meninggal setelah beberapa bulan pemergiannya ke sana. Di negeri asing, seorang anak kecil berusia 9 tahun, mula menyiapkan diri serta peranan yang harus dimainkannya berpuluh-puluh tahun kemudian tanpa disedarinya. Inilah agenda Allah Azzawajalla ke atas dirinya...wallahua'lam..

Dibekalkan dengan semangatnya yang kental dan rasa ingin memartabatkan Islam di tempatnya ketika itu, beliau telah membeli 'bible' yang pertama dasn mula melakukan debat dan diskusi dengan siswa-siswa mubaligh kristian. Beliau juga dengan agresif telah memanggil guru-guru mubaligh itu untuk berdebat bagi meyakinkan mereka akan kepincangan agama kristian tersebut.

Ahmad Deedat telah menjadi anggota terawal Islamic Propagation Centre International (IPCU) dan menjadi pengerusinya, iaitu satu jawatan yang telah dipegang sehingga akhir hayatnya. Ahmad Deedat telah mengirim beribu-ribu naskah ilmiah ke seluruh dunia dan berjaya melawan pendebat-pendebat kristian, dan hasilnya beribu-ribu orang telah menganut Islam sebagai hasil usahanya. Sebagai penghargaan, beliau telah diiktiraf oleh Raja Faizal pada tahun 1986 dengan penghargaan yang paling bernilai di dalam dunia Islam.

Walaupun telah meninggal dunia pada 20 Ogos 2005, namun warisan perjuangan beliau masih belum ada pengganti yang sehebatnya. Semoga Allah memberkati usaha beliau dalam memperjuangkan agama Islam yang suci ini. Mungkin sahat & sahabiah boleh mendapatkan buku bertajuk "The Choice" hasil karangan beliau, bagi mendapatkan gambaran hujah-hujah beliau yang telah dirakamkan daripada episod-episod debat beliau. Perlu pembacaan yang sangat teliti dan mendalam kerana garapan bahasa yang agak unik.

Mungkin inilah usaha terbaik yang boleh kita sama-sama cuba untuk membekalkan diri dan pemahaman kita tentang kelebihan Islam, kekuatan dan kemuliaannya untuk dibandingkan dengan kepincangan pada agama kristian, supaya apabila kita dimomokkan dengan propaganda mereka, kita sudah ada hujah dan pertahanan yang ampuh untuk diketengahkan. Ilmu perbandingan agama juga penting untuk kita mengetahui selok-belok dan strategi mereka dalam menentang Islam. Maka, kita perlu tahu kekurangan musuh untuk melemahkan mereka, bukan semata-mata dengan melaungkan penentangan tanpa sebarang kaji selidik tentang mereka. Biarlah seimbang, penentangan perlu, ilmu dan hujah juga perlu... InsyaAllah..semoga dengan ilmu yang kita ada, tidak mudah untuk kita difitnah seperti yang kita alami sekarang... wallahua'lam....


~~ Pejuang Kedamaian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan