"Tidak mampu kucari kesempurnaan kerana hanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihiwasallam sahaja yang ma'sum, namun aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk menuruti jejak langkah Baginda.."
Khamis, 3 Julai 2014
Madu Itu Nikmat DUNIA ...
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah
bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu,
tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!...
bunyi....aauuummmmm!!!
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu
mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan
diri.
Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di
depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun
terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba.
Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia
bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg
lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam
mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar
dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak
selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan.
Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba
Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor
tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut
tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali
tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni.
Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut
tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit
juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni....
habislah jadi mangsa buaya ..
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...
Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu...
bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke
langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu
terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.
Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh
manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.
Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu
lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg
menantinya di bawah.
----------------
Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah
kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang
sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya
itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam
kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita
kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan
kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan
juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit
tali tu.
Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi
adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke
dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu.
Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru
la nak ingat Allah. Astaghfirullah...
BAHAYANYA FITNAH !!!
Firman Allah s.w.t. “Hai orang-orang yang beriman! kalau datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu” (Ayat 6 : Surah Al-Hujurat)
Beberapa hadith Rasulullah s.a.w. mengenai fitnah :
1. “Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
2. “Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak berslah akan kesalahannya” (Hadith riwayat At-Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)
3. Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah s.a.w. bersabda :”Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat” (diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya)
4. Abu Darda berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda “Laki-laki manapun yang menyiarkan terhadap seseorang satu perkataan di aman orang itu terlepas (tiada tersangkut dengan perkataan tersebut), untuk memalukannua di dunia, nescaya berhak Allah menghancurkan laki-laki itu pada hari kiamat dalam api neraka”.
5. dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :”Sesungguhnya tatkala Allah menjadikan syurga, lalu berfirman kepada syurga itu :”Berbicaralah”. Maka syurga itu berkata :”Berbahagialah siapa yang masuk kepadaku”. Lalu Allah berfirman :”Demi KemuliaanKu dan KeagunganKu! Tidak akan menempati pada engkau 8 golongan manusia :-
a) orang yang selalu minum khamar
b) yang selalu berzina
c) yang qattaat (tukang fitnah)
d) yang mengetuai peperangan
e) pengawal penguasa
f) orang yang bertingkahlaku seperti wanita
g) orang yang berkata :”Atas diriku janji Allah, kalau aku tidak berbuat begitu dan begitu. Kemudian dia tidak menepati perkataannya itu”. (Ihya Ulumuddin, Jilid 3)
6. Diriwayatkan Ka’bul Ahbar, bahawa kemarau telah menimpa kaum Bani Israil. Lalu Nabi Musa berdoa meminta hujan berulang-ulang. Tetapi tidak juga diturunkan hujan kepada mereka. Maka Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Musa :”Sesungguhnya Aku tidak menerima doa engkau dan doa orang-orang yang bersama engkau, di mana di kalangan engkau itu ada nammaam (pembawa fitnah), yang berkekalan buat fitnah”. Maka Nabi Musa berdoa :”Wahai Tuhanku, siapakah orang itu? Tunjukkanlah, siapakah orang itu? Tunjukkanlah kepadaku pembuat fitnah itu, sehingga aku dapat mengeluarkannya dari kalangan kami”. Tuhan berfirman :”Hai Musa! Aku melarang kamu dari namimah (Pembuat fitnah)”. maka bertaubatlah mereka semua. Lalu diturunkan hujan kepada mereka.
7. Diriwayatkan dari Umar bin Abdul Aziz bahawa seorang laki-laki datang kepadanya menerangkan sesuatu tentang orang lain. Maka Umar berkata kepadanya: “kalau engkau mahu, maka kami akan memperhatikan tentang keadaanmu. Kalau engkau dusta, maka engkau termasuk orang yang disebut dalam ayat ini. “Kalau datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, periksalah dengan saksama”. Dan kalau engkau benar maka engkau termasuk orang yang disebut dalam ayat ini”, “Suka mencela, berjalan membuat hasung dan fitnah”. Kalau engkau kehendaki, nescaya kami memaafkan engkau. Lalu laki-laki itu berkata : “Maaf wahai Amirul Mukminin. Dan aku tidak akan mengulangi lagi untuk selama-lamanya.”
8. Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tukang fitnah tidak dapat dipercayai kata-katanya dan tidak diterima sedekahnya. Sesungguhnya fitnah ditegakkan di atas kedustaan, kedengkian dan kemunafikan. Kesemua sifat ini adalah tungku dapur kehinaan.
Wallahu'alam ....
Alhamdulillah...Akhirnya Felixia Yeap Isytihar Sebagai Muslim ...
[Malaysia Kini] Model cantik Felixia Yap dengan rasmi memeluk Islam hari ini di hadapan empat saksi dan menyatakan telah bertemu 'jalan pulang' selepas pencarian bertahun-tahun.
Beliau sebelum ini telah berhijab selama enam bulan dan mendalami agama Islam sehingga menarik perhatian masyarakat Malaysia.
Felixia yang berasal dari Ipoh hari ini dengan panjang lebar menulis di laman Facebook dan blog beliau tentang pencarian hidup beliau dan melahirkan rasa lebih tenang selepas mendekati Islam.
Gadis berusia 28 tahun itu menceritakan mula berjinak dengan hijab ketika diminta memperagakan pakaian muslimah untuk sesi fotografi.
Beliau mendapat ilham dan terasa lebih selesa, selamat dan berasa dihormati.
Bekas model 'arnab' untuk Playboy yang fasih berbahasa Melayu itu kemudiannya mengambil keputusan untuk mendalami Islam dan melahirkan kebanggaan kerana niat itu direstui ibu kesayangan.
Beliau yang menambah “Rania” pada namanya itu bagaimanapun memohon maaf kerana tidak membenarkan mana-mana media membuat liputan dan menegaskan acara itu hanyalah formaliti kerana hati beliau telah pun beriman sebelum ini.
"Kepada semua media, saya pasti untuk tidak membenarkan sesiapa pun untuk datang menyaksikan saya mengucap syahadah bagi berlaku adil kepada semua. Terima kasih kerana memahami," tulisnya di laman sosial Facebook, hari ini.
Bertudung sebelum Islam
Felixia turut dikatakan bakal terjun untuk membuka perniagaan fesyen busana muslimahnya sendiri.
Terdahulu, tindakannya memilih memakai hijab sebelum rasmi memeluk Islam turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Ada yang menyokong tetapi juga segelintir pihak yang sinis dengan tindakannya itu.
"Saya telah mengharungi pelbagai dugaan. Bantahan. Makian. Sindiran. Fitnah. Penyisihan. Tekanan.
"Tetapi syukur Alhamdullilah... saya juga dapat sokongan yang begitu hebat.
"Saya harus berterima kasih dengan kedegilan saya," tulis beliau. -3/7/14

Langgan:
Ulasan (Atom)