
"Tidak mampu kucari kesempurnaan kerana hanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihiwasallam sahaja yang ma'sum, namun aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk menuruti jejak langkah Baginda.."
Rabu, 16 Disember 2015
Sabda Rasulullah S.A.W Mengenai Sendi Manusia ! Allahu Akbar !

Kisah Seorang Isteri Yang Memandikan Jenazah Suaminya ..
Seorang isteri menangis-nangis nak memandikan jenazah suami dia. Namun, bapak mertua dan polis forensik tidak bagi. Maka menangislah si isteri dan sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri. Jika abang mati dulu kamu (isteri) memandikan jenazah abang, dan seandainya kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan memandikan jenazah kamu.
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk dan bertanya apa hal, selepas itu ustaz tersebut pun berkata boleh dan berkata tidak mengapa kalau isteri nak memandikan jenazah suami. Maka ustaz tadi bersama beberapa orang lagi menemankan si isteri mandikan jenazah suaminya.
Waktu memandikan jenazah suaminya dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti..”.
Ketika membasuh tangan jenazah suaminya, si isteri sambil berkata “tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. Moga Allah beri pahala untuk mu suami ku..”.
Ketika membasuh tubuh jenazah suaminya, si isteri sambil berkata “tubuh inilah yg memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”.
Seterusnya, ketika membasuh kaki jenazah suaminya, beliau sambil berkata “dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang… moga Allah berikan abang kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya”.
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu jenazah suaminya dan berkata “terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu.”
Ya Allah… betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya…
Soal Jawab : Hukum Isteri Melayan Kenalan Lelaki di Facebook
Soalan : Apakah hukumnya seorang isteri sudah berkahwin melayan rakan facebook yang lelaki yang bukan mahram dan mendedahkan aib suaminya di facebook?
Jawapan : Menggunakan kemudahan facebook boleh jatuh wajib, sunat, makruh, haram atau harus. Jatuh wajib apabila ada pengguna facebook yang menghina Islam dan Rasulullah SAW untuk mempertahankannya kita wajib menjawab dan mempertahankan Islam dan kemuliaan baginda supaya umat islam tak keliru dan percaya kepada tohmahan orang kafir atau munafik. Sunat jika kita gunakan segala kemudahan facebook untuk sebarkan Islam dan mendatangkan manfaat kepada pengguna media sosial.
Makruh jika membuang masa sia-sia untuk berseronok-seronok, main game dan sembang-sembang kosong berchatting. Haram jika isteri mendedahkan aib suaminya dan haram jika perhubungan facebook tersebut boleh mendatangkan fitnah dan boleh mendorong untuk menghampiri zina (contoh suami bercinta dengan isteri orang, isteri bercinta dengan suami orang dan masing-masing mendedahkan aib pasangan masing-masing).Wanita yang sudah bersuami jika dia bercinta dengan suami orang hukumnya haram dan berdosa besar. Akan jatuh haram juga jika kemudahan internet di gunakan untuk menyebarkan fitnah, mengumpat dan mengaibkan orang lain dan harus jika penggunaan internet tidak menambah ilmu yang bermanfaat dan tidak mendapat dosa dengan menggunakannya.
Jika seorang lelaki bujang atau sudah berkahwin mengetahui bahawa rakan facebooknya wanita yang sudah bersuami maka perlulah jaga batas-batas percakapan dan perhubungan. Cuba elakkan berkongsi pengalaman hidup dan masalaah rumah tangga, kerana menceritakan keaiban suami akan boleh mendorong masalah yang lebih besar dan boleh merosakkan rumah tangga tersebut. Para isteri hanya boleh berkongsi dengan para wanita lain atau pakar kaunseling yang bertaulaih untuk mendapat khidmat nasihat yang di perlukan.
*sumber tanyalahustaz58.blogspot.my
*sumber tanyalahustaz58.blogspot.my
Dilontar Kepala Babi, Masjid Balas Dengan Jamuan
PHILADELPHIA: Masjid Al-Aqsa di utara Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) dicemari minggu lalu apabila rakaman video litar tertutup menunjukkan kepala babi dilontar dari sebuah trak ke arah pintu hadapan masjid tersebut, lapor The Philadephia Inquirer.
Masjid yang juga berfungsi sebagai bangunan Persatuan Islam Al-Aqsa itu telah menerima banyak sokongan dalam bentuk e-mel, kiriman bunga, malah makanan selepas peristiwa itu tersebar di Internet.
Bagi menyampaikan ucapan terima kasih ke atas sokongan dan simpati yang diterima, persatuan tersebut mengambil keputusan untuk mengadakan jamuan untuk masyarakat tempatan, lapor AP.
Majlis yang diadakan di ruang parkir itu dihadiri masyarakat berbilang bangsa dan agama, kesemuanya menyatakan sokongan terhadap masjid atas insiden yang telah berlaku.
“Terima kasih yang istimewa atas sokongan, kerjasama, dan kasih sayang anda semua,” ujar Imam Mohamed Shehata dalam bahasa Arab yang kemudiannya diterjemah dalam bahasa Inggeris. “Kami menyambut anda semua dengan aman; dan keamananlah matlamat, harapan, dan keinginan kami.”
Ratusan jiran tetangga, agamawan, keluarga, dan orang awam memenuhi ruang parkir masjid di Germantown Avenue dan Jefferson Street untuk acara tengah hari itu.
Kesemua tetamu memakai tanda nama yang bertulis nama masing-masing dalam bahasa Arab. Mereka semua dijamu dengan sosej, burger, dan falafel. Para remaja kelihatan bermain bola keranjang dan bola sepak. Organisasi seperti Council on American Islamic Relations (CAIR) membuka kaunter penerangan untuk menyebar informasi.
Sokongan masyarakat tempatan yang ditunjukkan kepada masjid ini dianggap penting selepas perkembangan semasa di Paris dan San Bernardino telah meningkatkan serangan orang awam terhadap rumah ibadah Muslim di seluruh AS.
Menurut CAIR, masjid dan pusat Islam di seluruh AS telah diserang dan diganggu sebanyak 63 kali tahun ini, angka tertinggi sejak 2009.
Diasaskan pada tahun 1989, bangunan persatuan Al-Aqsa ini menempatkan dewan solat, sekolah persendirian, dewan awam, kedai makanan, dan juga ibu pejabat Arab American Development Corp.
Kelantan Ikut Langkah Johor Haramkan VAPE
Sumber : Astro Awani

KOTA BHARU: Tiada lagi penjualan vape atau rokok elektronik di Kelantan bermula tahun depan.
Laporan Berita Harian menyatakan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood memberitahu, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan sebentar tadi.
Keputusan itu diambil berdasarkan laporan daripada pelbagai pihak tentang kesan vape, termasuk daripada Jabatan Kesihatan, Jabatan Mufti dan pihak keselamatan.
Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan negeri telah mengarahkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan notis 14 hari untuk pemilik mengosongkan premis perniagaan daripada kegiatan perniagaan berkenaan.
Penguatkuasaan akan bermula 1 Januari 2016.
Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, menitahkan agar penjualan rokok elektronik atau vape diharamkan di negeri tersebut.
KOTA BHARU: Tiada lagi penjualan vape atau rokok elektronik di Kelantan bermula tahun depan.
Laporan Berita Harian menyatakan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood memberitahu, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan sebentar tadi.
Keputusan itu diambil berdasarkan laporan daripada pelbagai pihak tentang kesan vape, termasuk daripada Jabatan Kesihatan, Jabatan Mufti dan pihak keselamatan.
Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan negeri telah mengarahkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan notis 14 hari untuk pemilik mengosongkan premis perniagaan daripada kegiatan perniagaan berkenaan.
Penguatkuasaan akan bermula 1 Januari 2016.
Rabu, 4 November 2015
Zalimkah Manusia?? Apakah Dosa Kucing Ini??

Andai seekor kucing mampu berkata-kata, mungkin ini yang dia ingin katakan "Apakah Dosaku? ".
Semalam selesai sahaja perjumpaan saya dengan seorang sahabat di Bangi. Saya dan suami pulang ke rumah. Selesai sahaja parking kereta, saya ternampak seekor kucing di bawah lori mengiau-giau memanggil kami. Suami saya memang sudah kenal dengan perangai saya yang suka bercakap dengan kucing, Dia biarkan sahaja. Dalam fikiran saya, mungkin kucing ini lapar.
Bila saya menghampirinya, saya melihat dia seolah-olah sedang menahan kesakitan tetapi saya tidak dapat pastikan dia sakit apa. Tetapi memang bau terbakar di kawasan dia menyorok membuatkan saya makin degil untuk menghampiri dan mengeluarkannya dari bawah lori itu. Bila saya tengok betul-betul dari jarak yang dekat, ya Allah, saya menangis mengigil-gigil. Seriously saya tak sanggup dan terus memanggil suami.
"Abang, kucing ini kena bakar,"
Apakah dosannya sehingga orang membakarnya sebagai hukuman? Subhanallah. Terkedu dan pilu rasa di hatii ni. Kucing itu seolah-olah tidak percaya pada manusia lagi menyebabkan dia menyorok di bawah lori. Kami terpaksa memujuk dan menariknya keluar. Habis peha, punggung, ekor, kaki kanan dan bahagian bawah perut kucing ini terbakar.
Saya dan suami terus bawa ke klinik haiwan 24 jam. Sebelum apa-apa lagi yang jaga di kaunter beritahu nak jumpa doktor RM160, belum termasuk kos rawatan. Saya dan suami setuju sahaja sebab fikirkan kucing sakit.
"Berapa kos yang awak mampu?" tanya doktor pada kami.
"Sekitar RM300," jawab kami.
"Awak bawalah kucing ini balik sebab kalau saya rawat dia, kos dia akan bermula RM800 ke atas," katanya dengan bongkak.
Dia langsung tiada perasaan nak menolong kucing yang tidak berdosa mahu pun untuk mencuci luka dan membalut lukanya. Ketika saya memandang doktor itu dan berkata,
"Di mana hati, nilai duit lebih penting,"
Kami bawa balik kucing itu. Dalam kereta saya tak berhenti-henti menangis melihat dia menahan kesakitan. Suami belikan minyak gamat, kapas dan pembalut luka, kami buat rawatan sendiri di rumah.
Kami cuba memberikan bantuan yang terbaik, sepanjang suami letak ubat, saya hanya asyik bercakap dengan kucing, "bertahan ya, sabar, saya tahu awak kuat," sambil menangis teresak-esak melihat dia menahan sakit. Alhamdulillah dia bertahan dan akhirnya lena.
Kami bagi kucing ini namanya 'Tuah' sebab masih mampu hidup. Semoga Allah kurangkan kesakitannya dan cepat sembuh. - Janet Tan Siok Hua

Bagaimanapun, Tuah dilaporkan telah meninggal dunia 16 jam yang lalu...............
Khamis, 29 Oktober 2015
Bahagiakanlah Ibu Bapamu
Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.
Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24).
Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang ‘membuang’ ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.
Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.
Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?”
Lalu baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab baginda: “Berjihad pada jalan Allah.”
Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”
Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
Akibat Kurang Tidur
Kekurangan tidur adalah masalah kesihatan yang biasa berlaku kepada pekerja-pekerja shif seperti pemandu lori, bas, kapalterbang, pekerja kilang, pekerja hotel, pekerja berpakaian seragam dan sebagainya. Untuk mendapatkan tidur yang lena cuba elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi.
Tidur selama 8 jam amat disyorkan untuk kesihatan anda.
Menurut kajian, kekurangan tidur boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti:-
Tidur selama 8 jam amat disyorkan untuk kesihatan anda.
Menurut kajian, kekurangan tidur boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti:-
- Berbanding wanita yang tidur 8 jam sehari, risiko untuk mendapat penyakit jantung meningkat dengan kekurangan tidur. 7 jam tidur risiko meningkat 10%, 6 jam tidur risiko meningkat 20%, 5 jam tidur risiko meningkat 50%.
- Jika terlebih tidur contohnya 9 jam risiko juga meningkat sebanyak 38%.
- Setiap 1 jam kekurangan tidur setiap malam akan meningkatkan deposit kalsium dalam saluran darah arteri sebanyak 16%.
- 27% daripada mereka yang tidur kurang dari 5 jam setiap malam menampilkan plak berlemak (atherosclerotic plaque) pada jantung.
- 11% daripada mereka yang tidur 5 hingga 7 jam setiap malam menunjukkan penyekatan aliran darah.
- Hanya 6% daripada mereka yang tidur lebih 7 jam setiap malam mengalami penyekatan aliran darah (atherosclerosis).
- Tidur dalam jangkamasa yang pendek menyebabkan degupan jantung dan tekanan darah pada kadar purata selama 24 jam yang menyebabkan sistem kardiovaskular berfungsi pada tekanan tinggi. Ini akan memberi kesan kepada kesihatan jantung dan otak. Tidur yang mencukupi perlu untuk membenarkan jantung berdegup perlahan dan tekanan darah boleh menurun pada kadar yang sewajarnya untuk jantung manusia berfungsi.
- 24% individu yang tidur waktu malam yang kurang dari 5 jam lebih mudah mendapat stress atau tekanan melampau berbanding hanya 12% bagi yang tidur 7 hingga 8 jam.
- Semakin singkat waktu tidur seseorang , semakin tinggi risiko untuk mengalami masalah obesiti.
- Berjaga pada waktu malam juga akan akan meningkatkan selera makan pada waktu malam dan ini akan mengundang pelbagai masalah kesihatan yang tidak diingini.
Untuk kesihatan anda cubalah elakkan masalah kurang tidur, seboleh-bolehnya carilah masa 8 jam untuk tidur yang sihat.
Operasi Mencari Guru Besar Sekolah Yang Hilang
Anak ketiga mangsa Mohamad Irfan Ruzilan, 20, yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat, berkata beberapa penduduk kampung menyatakan ibunya mengetuk pintu rumah penduduk untuk meminta makanan.
“Mereka kata ibu pernah ketuk pintu rumah pada sebelah malam meminta makanan…malangnya mereka hanya memberikan makanan tetapi tidak tahu ibu sebenarnya hilang dan tidak sihat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jashiah, 53, kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya petang Jumaat lepas, dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah terbuka dan Jashiah tiada di rumah.
Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain kira-kira 10km.
Mohamad Irfan berkata selepas mengetahui ibunya hilang, dia segera pulang ke rumah pada Ahad lepas.
“Saya sepatutnya mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Mahasiswa UiTM di Kedah tetapi saya tarik diri sebab nak cari ibu,” katanya.
Beliau berkata sejak ibunya menjalani rawatan kimoterapi Mac lepas akibat barah payudara yang dihidapinya sejak dua tahun lepas, ibunya kelihatan murung dan pernah menghilangkan diri pada Ogos lepas, dan ditemui di Seremban.
“Ibu memang sedikit emosi selepas menjalani rawatan kimoterapi apatah lagi apabila kami adik-beradik masing-masing sudah bekerja dan belajar, dan hanya pulang sekali sekala.
“Ibu pernah hilang sehari dan ditemui di Seremban dengan memandu keretanya,” kata Mohamad Irfan yang kali terakhir berbual dengan ibunya menerusi telefon, sehari sebelum Jashiah dilaporkan hilang.
Mohamad Irfan berkata ibunya sudah tidak ke sekolah sejak Mei lepas, dan perkara berkaitan tugasan, guru lain akan datang ke rumah.
“Ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu dan tinggal di kuarters bersama ayah yang merupakan pesara tentera…seminggu sekali ibu dan ayah akan pulang ke rumah kami di Taman Seri Seruling,” katanya.
Menceritakan mengenai sifat Jashiah, Mohamad Irfan berkata ibunya merupakan seorang yang ceria dan suka berbual serta berkongsi cerita dengan mereka empat beradik.
“Kalau kami balik rumah bawa makanan, ibu kelihatan berselera menjamah makanan yang kami bawa,” katanya.
Anak sulung mangsa Mohamad Syahidzul Izuan Ruzilan, 22, pula berkata kali terakhir dia bertemu ibunya sebulan lepas, sebelum bertolak ke Pulau Pangkor, Perak memulakan tugas di tempat baharu.
“Ibu beri saya duit untuk beli barang dan pakaian. Sebelum ini saya bekerja di Kajang dan tinggal di Kajang,” katanya.
Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri yang turut menyertai operasi berkata pada Sabtu lepas, iparnya ada memberikan makanan kepada mangsa.
“Ipar saya kata Jashiah meminta makanan dan kemudian meminta untuk dihantar ke kawasan berhampiran hutan simpan (Bukit Kutu),” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata lokasi pencarian dibahagikan kepada utara, selatan, timur dan barat.
“Untuk semalam, kita sudah buat pencarian di bahagian utara serta selatan dan hari ini, kita buat pencarian di bahagian timur dan barat.
“Tetapi setakat ini, tiada lagi sebarang petunjuk yang diperoleh. Saksi kejadian ada yang kata mangsa memberitahu ingin ke hutan simpan Bukit Kutu.
“Kita telah kumpulkan maklumat daripada tiga saksi di kawasan sekitar yang dipercayai dapat membantu kita dalam usaha pencarian,” katanya.
Beliau berkata kes berkenaan setakat ini, diklasifikasikan sebagai orang hilang dan operasi pencarian masih diteruskan. – BERNAMA
7 Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Penuntut Ilmu
Pertama, penuntut ilmu harus berniat tulus kerana Allah. Jika seorang pelajar menuntut ilmu dengan niat hanya ingin mendapat pekerjaan, dan lain-lain maka hal itu tidak dibenarkan dalam Islam. Sebabnya, segala sesuatu harus diniatkan kerana Allah. Dengan begitu ia akan mendapat dua keuntungan, iaitu pahala dari Allah dan ilmu itu sendiri. Rasulullah SAW menjelaskan hal ini dalam sabdanya:
"Siapa yang menuntut ilmu yang sepatutnya dipelajari hanya kerana Allah, tapi ia malah menuntutnya untuk mendapatkan material duniawi, maka ia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat kelak." (HR. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah).
Kedua, menghilangkan kebodohan daripada diri sendiri dan orang lain. Pada dasarnya, semua orang dilahirkan dalam keadaan bodoh. Sehingga, dituntut untuk mencari ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain. Sebagaimana firman Allah,
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (Surah An-Nahl: 78).
Ketiga, berlapang dada dalam menerima perbezaan pendapat. Semua pendapat ulama harus diterima dengan lapang dada selama tidak bertentangan dengan syari'at Islam. Misalnya, pendapat yang meyakini masih ada nabi selepas Nabi Muhammad SAW. Tentu, pendapat seperti ini tidak boleh diterima kerana bertentangan dengan pokok ajaran Islam.
Kerana, salah satu tujuan utama mencari ilmu adalah supaya dapat menelaah mana pendapat yang benar dan mana yang salah. Jika pendapat tersebut benar maka diterima, dan jika salah harus ditolak.
Keempat, mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Setiap pencari ilmu selalu dituntut untuk mengamalkan ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain.
Menurut Bakr Abu Zaid dalam kitab Hilyah Tholibil Ilmi, semakin banyak orang mengamalkan ilmunya maka Allah akan menambah ilmu dan manfaatnya. Sebaliknya, semakin tinggi ilmu seseorang tapi tidak mahu mengamalkannya, maka ilmu itu akan berkurangan dan hanya akan menjadi perosak bagi dirinya sendiri. Rasulullah SAW bersabda,
"Wahai pembawa ilmu, beramallah dengan ilmu itu, kerana siapa yang selaras antara ilmu dan amalannya, maka mereka akan selalu lurus." (Riwayat Ad-Darimi).
Kelima, menghormati dan memuliakan ulama. Ulama adalah orang yang banyak berjasa, kerana telah bersedia mengamalkan ilmunya kepada para penuntut ilmu. Sebab itu, ulama wajib dihormati dan dimuliakan dalam segala hal, kecuali hal yang bertentangan dengan agama. Rasulullah SAW bersabda,
"Siapa menyakiti wali-Ku, maka Aku telah mengumumkan perang kepadanya." (HR. Bukhari).
Menurut Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah, kata wali-Ku dalam hadis qudsi di atas ditafsirkan sebagai ulama. Kerana itu, Allah pasti akan murka jika penuntut ilmu menghina dan menyakiti para ulama '.
Keenam, sabar dalam menuntut ilmu. Seorang pencari ilmu dituntut untuk selalu bersabar dalam pelbagai hal, tidak pernah bosan dan selalu mengharap redha Allah. Sehingga, waktu akan menjadi hal yang sangat penting untuk tidak di sia-siakan. Sikap ini tergambar jelas dalam jejak para ulama terdahulu melalui karya-karya besar yang berjaya mereka tulis kerana selalu bersabar dan memanfaatkan masa dengan baik.
Dalam Kitab al-'Ilm karangan Syaikh Utsaimin, diceritakan bahawa ketika Ibnu Abbas ditanya, "Dengan apa anda boleh mendapatkan ilmu?" Beliau menjawab, "Dengan lisan yang selalu bertanya dan hati yang banyak memahami, serta badan yang tidak pernah bosan."
Selain itu, orang yang sudah merasakan nikmatnya menuntut ilmu maka dia akan selalu haus ilmu dan tidak pernah merasa puas. Sehingga, seluruh waktunya hanya digunakan untuk belajar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
"Ada dua kumpulan manusia yang selalu lapar dan tidak pernah kenyang: orang yang lapar ilmu. Ia tidak pernah kenyang. Dan orang yang lapar dunia, juga tidak pernah kenyang pula. "(HR. Al Hakim dll dengan sanad tsabit)
Ketujuh, hikmah. Seorang penuntut ilmu harus menghias diri dengan hikmah. Kerana dengan memiliki hikmah maka dia akan meraih kebaikan yang sangat banyak. Allah berfirman dalam al-Quran,
"Dan siapa yang dianugerahi al-hikmah itu, maka ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak." (Surah Al-Baqarah: 269).
Penuntut ilmu dituntut untuk menjadi seorang al-Hakim (bijaksana). Kerana, dengan meraih ilmu yang semakin tinggi maka dia juga harus bijaksana dalam berbuat. Ertinya, mampu memempatkan sesuatu pada tempatnya. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran:
"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik." (Surah An-Nahl: 125).
Secara garis besar, ada adab-adab yang perlu dipenuhi oleh setiap penuntut ilmu. Intinya, penuntut ilmu harus bersifat seperti padi. Semakin berisi, semakin menunduk. Ertinya, semakin tinggi ilmu seseorang maka harus semakin tawadhu '(rendah hati), kerana pada hakikatnya ilmu manusia hanyalah titisan air yang jatuh dari paruh burung berbanding ilmu Allah yang melebihi luasnya lautan. Wallahu a'lam bish-shawab.
Langgan:
Ulasan (Atom)