Khamis, 29 Oktober 2015

Bahagiakanlah Ibu Bapamu

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua.  Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

 Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa.  Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang.  Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. 

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa. 

Memberi nafkah.  Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia.  Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa.  Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.  

Menyediakan tempat tinggal.  Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa. 

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.   

Memberi kasih sayang.  Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa.  Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya.  Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.    

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa.  Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku!  Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.”  (Surah al-Isra, ayat 24).

Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian.  Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan.  Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan.  Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.    

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita.  Kes anak yang ‘membuang’ ibu bapa semakin meningkat.  Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri. 

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua.  Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa.  Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.    

Memenuhi permintaan.  Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan.  Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. 

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.  Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang.   Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?”

Lalu baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.”  Kemudian apa?” tanya saya lagi.  Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.”  Saya bertanya: “Apa lagi.”  Jawab baginda: “Berjihad pada jalan Allah.”

Melakukan apa yang disukai.  Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka.  Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. 

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya.  Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat Tirmizi). 

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa.  Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.” 

Bercakap dengan lemah lembut.  Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka.  Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua.  Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka.  Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa.  Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa.  Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Menghadiahkan kejayaan.  Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa. 

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa.  Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.  

Meluangkan masa bersama-sama.   Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa.  Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.  Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya.  Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil  Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.



Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin.  Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk.  Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia.  Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup. 

Akibat Kurang Tidur

Kekurangan tidur adalah masalah kesihatan yang biasa berlaku kepada pekerja-pekerja shif seperti pemandu lori, bas, kapalterbang, pekerja kilang, pekerja hotel, pekerja berpakaian seragam dan sebagainya. Untuk mendapatkan tidur yang lena cuba elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi.

Tidur selama 8 jam amat disyorkan untuk kesihatan anda.

Menurut kajian, kekurangan tidur boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti:-

  1. Berbanding wanita yang tidur 8 jam sehari, risiko untuk mendapat penyakit jantung meningkat dengan kekurangan tidur. 7 jam tidur risiko meningkat 10%, 6 jam tidur risiko meningkat 20%, 5 jam tidur risiko meningkat 50%.
  2. Jika terlebih tidur contohnya 9 jam risiko juga meningkat sebanyak 38%.
  3. Setiap 1 jam kekurangan tidur setiap malam akan meningkatkan deposit kalsium dalam saluran darah arteri sebanyak 16%.
  4. 27% daripada mereka yang tidur kurang dari 5 jam setiap malam menampilkan plak berlemak  (atherosclerotic plaque) pada jantung.
  5. 11% daripada mereka yang tidur 5 hingga 7 jam setiap malam menunjukkan penyekatan aliran darah.
  6. Hanya 6% daripada mereka yang tidur lebih 7 jam setiap malam mengalami penyekatan aliran darah  (atherosclerosis).
  7. Tidur dalam jangkamasa yang pendek menyebabkan degupan jantung dan tekanan darah pada kadar purata selama 24 jam yang menyebabkan sistem kardiovaskular berfungsi pada tekanan tinggi. Ini akan memberi kesan kepada kesihatan jantung dan otak. Tidur yang mencukupi perlu untuk membenarkan jantung berdegup perlahan dan tekanan darah boleh menurun pada kadar yang sewajarnya untuk jantung manusia berfungsi.
  8. 24% individu yang tidur waktu malam yang kurang dari 5 jam lebih mudah mendapat stress atau tekanan melampau berbanding hanya 12% bagi yang tidur 7 hingga 8 jam.
  9. Semakin singkat waktu tidur seseorang , semakin tinggi risiko untuk mengalami masalah obesiti.
  10. Berjaga pada waktu malam juga akan akan meningkatkan selera makan pada waktu malam dan ini akan mengundang pelbagai masalah kesihatan yang tidak diingini.
Untuk kesihatan anda cubalah elakkan masalah kurang tidur, seboleh-bolehnya carilah masa 8 jam untuk tidur yang sihat.

Operasi Mencari Guru Besar Sekolah Yang Hilang

KUALA KUBU BHARU – Selepas enam hari dilaporkan hilang, guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, dikatakan pernah beberapa kali meminta makanan daripada penduduk Kampung Orang Asli Buluh Telur di sini.
Anak ketiga mangsa Mohamad Irfan Ruzilan, 20, yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat, berkata beberapa penduduk kampung menyatakan ibunya mengetuk pintu rumah penduduk untuk meminta makanan.
“Mereka kata ibu pernah ketuk pintu rumah pada sebelah malam meminta makanan…malangnya mereka hanya memberikan makanan tetapi tidak tahu ibu sebenarnya hilang dan tidak sihat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jashiah, 53, kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya petang Jumaat lepas, dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah terbuka dan Jashiah tiada di rumah.


Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain kira-kira 10km.
Mohamad Irfan berkata selepas mengetahui ibunya hilang, dia segera pulang ke rumah pada Ahad lepas.
“Saya sepatutnya mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Mahasiswa UiTM di Kedah tetapi saya tarik diri sebab nak cari ibu,” katanya.
Beliau berkata sejak ibunya menjalani rawatan kimoterapi Mac lepas akibat barah payudara yang dihidapinya sejak dua tahun lepas, ibunya kelihatan murung dan pernah menghilangkan diri pada Ogos lepas, dan ditemui di Seremban.
“Ibu memang sedikit emosi selepas menjalani rawatan kimoterapi apatah lagi apabila kami adik-beradik masing-masing sudah bekerja dan belajar, dan hanya pulang sekali sekala.
“Ibu pernah hilang sehari dan ditemui di Seremban dengan memandu keretanya,” kata Mohamad Irfan yang kali terakhir berbual dengan ibunya menerusi telefon, sehari sebelum Jashiah dilaporkan hilang.
Mohamad Irfan berkata ibunya sudah tidak ke sekolah sejak Mei lepas, dan perkara berkaitan tugasan, guru lain akan datang ke rumah.
“Ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu dan tinggal di kuarters bersama ayah yang merupakan pesara tentera…seminggu sekali ibu dan ayah akan pulang ke rumah kami di Taman Seri Seruling,” katanya.
Menceritakan mengenai sifat Jashiah, Mohamad Irfan berkata ibunya merupakan seorang yang ceria dan suka berbual serta berkongsi cerita dengan mereka empat beradik.
“Kalau kami balik rumah bawa makanan, ibu kelihatan berselera menjamah makanan yang kami bawa,” katanya.
Anak sulung mangsa Mohamad Syahidzul Izuan Ruzilan, 22, pula berkata kali terakhir dia bertemu ibunya sebulan lepas, sebelum bertolak ke Pulau Pangkor, Perak memulakan tugas di tempat baharu.
“Ibu beri saya duit untuk beli barang dan pakaian. Sebelum ini saya bekerja di Kajang dan tinggal di Kajang,” katanya.
Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri yang turut menyertai operasi berkata pada Sabtu lepas, iparnya ada memberikan makanan kepada mangsa.
“Ipar saya kata Jashiah meminta makanan dan kemudian meminta untuk dihantar ke kawasan berhampiran hutan simpan (Bukit Kutu),” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata lokasi pencarian dibahagikan kepada utara, selatan, timur dan barat.
“Untuk semalam, kita sudah buat pencarian di bahagian utara serta selatan dan hari ini, kita buat pencarian di bahagian timur dan barat.
“Tetapi setakat ini, tiada lagi sebarang petunjuk yang diperoleh. Saksi kejadian ada yang kata mangsa memberitahu ingin ke hutan simpan Bukit Kutu.
“Kita telah kumpulkan maklumat daripada tiga saksi di kawasan sekitar yang dipercayai dapat membantu kita dalam usaha pencarian,” katanya.
Beliau berkata kes berkenaan setakat ini, diklasifikasikan sebagai orang hilang dan operasi pencarian masih diteruskan. – BERNAMA

7 Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Penuntut Ilmu

Pertama, penuntut ilmu harus berniat tulus kerana Allah. Jika seorang pelajar menuntut ilmu dengan niat hanya ingin mendapat pekerjaan, dan lain-lain maka hal itu tidak dibenarkan dalam Islam. Sebabnya, segala sesuatu harus diniatkan kerana Allah. Dengan begitu ia akan mendapat dua keuntungan, iaitu pahala dari Allah dan ilmu itu sendiri. Rasulullah SAW menjelaskan hal ini dalam sabdanya:


"Siapa yang menuntut ilmu yang sepatutnya dipelajari hanya kerana Allah, tapi ia malah menuntutnya untuk mendapatkan material duniawi, maka ia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat kelak." (HR. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Kedua, menghilangkan kebodohan daripada diri sendiri dan orang lain. Pada dasarnya, semua orang dilahirkan dalam keadaan bodoh. Sehingga, dituntut untuk mencari ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain. Sebagaimana firman Allah,

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (Surah An-Nahl: 78).

Ketiga, berlapang dada dalam menerima perbezaan pendapat. Semua pendapat ulama harus diterima dengan lapang dada selama tidak bertentangan dengan syari'at Islam. Misalnya, pendapat yang meyakini masih ada nabi selepas Nabi Muhammad SAW. Tentu, pendapat seperti ini tidak boleh diterima kerana bertentangan dengan pokok ajaran Islam.

Kerana, salah satu tujuan utama mencari ilmu adalah supaya dapat menelaah mana pendapat yang benar dan mana yang salah. Jika pendapat tersebut benar maka diterima, dan jika salah harus ditolak.

Keempat, mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Setiap pencari ilmu selalu dituntut untuk mengamalkan ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain.

Menurut Bakr Abu Zaid dalam kitab Hilyah Tholibil Ilmi, semakin banyak orang mengamalkan ilmunya maka Allah akan menambah ilmu dan manfaatnya. Sebaliknya, semakin tinggi ilmu seseorang tapi tidak mahu mengamalkannya, maka ilmu itu akan berkurangan dan hanya akan menjadi perosak bagi dirinya sendiri. Rasulullah SAW bersabda,

"Wahai pembawa ilmu, beramallah dengan ilmu itu, kerana siapa yang selaras antara ilmu dan amalannya, maka mereka akan selalu lurus." (Riwayat Ad-Darimi).

Kelima, menghormati dan memuliakan ulama. Ulama adalah orang yang banyak berjasa, kerana telah bersedia mengamalkan ilmunya kepada para penuntut ilmu. Sebab itu, ulama wajib dihormati dan dimuliakan dalam segala hal, kecuali hal yang bertentangan dengan agama. Rasulullah SAW bersabda,

"Siapa menyakiti wali-Ku, maka Aku telah mengumumkan perang kepadanya." (HR. Bukhari).

Menurut Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah, kata wali-Ku dalam hadis qudsi di atas ditafsirkan sebagai ulama. Kerana itu, Allah pasti akan murka jika penuntut ilmu menghina dan menyakiti para ulama '.

Keenam, sabar dalam menuntut ilmu. Seorang pencari ilmu dituntut untuk selalu bersabar dalam pelbagai hal, tidak pernah bosan dan selalu mengharap redha Allah. Sehingga, waktu akan menjadi hal yang sangat penting untuk tidak di sia-siakan. Sikap ini tergambar jelas dalam jejak para ulama terdahulu melalui karya-karya besar yang berjaya mereka tulis kerana selalu bersabar dan memanfaatkan masa dengan baik.

Dalam Kitab al-'Ilm karangan Syaikh Utsaimin, diceritakan bahawa ketika Ibnu Abbas ditanya, "Dengan apa anda boleh mendapatkan ilmu?" Beliau menjawab, "Dengan lisan yang selalu bertanya dan hati yang banyak memahami, serta badan yang tidak pernah bosan."

Selain itu, orang yang sudah merasakan nikmatnya menuntut ilmu maka dia akan selalu haus ilmu dan tidak pernah merasa puas. Sehingga, seluruh waktunya hanya digunakan untuk belajar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

"Ada dua kumpulan manusia yang selalu lapar dan tidak pernah kenyang: orang yang lapar ilmu. Ia tidak pernah kenyang. Dan orang yang lapar dunia, juga tidak pernah kenyang pula. "(HR. Al Hakim dll dengan sanad tsabit)

Ketujuh, hikmah. Seorang penuntut ilmu harus menghias diri dengan hikmah. Kerana dengan memiliki hikmah maka dia akan meraih kebaikan yang sangat banyak. Allah berfirman dalam al-Quran,

"Dan siapa yang dianugerahi al-hikmah itu, maka ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak." (Surah Al-Baqarah: 269).

Penuntut ilmu dituntut untuk menjadi seorang al-Hakim (bijaksana). Kerana, dengan meraih ilmu yang semakin tinggi maka dia juga harus bijaksana dalam berbuat. Ertinya, mampu memempatkan sesuatu pada tempatnya. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran:

"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik." (Surah An-Nahl: 125).

Secara garis besar, ada adab-adab yang perlu dipenuhi oleh setiap penuntut ilmu. Intinya, penuntut ilmu harus bersifat seperti padi. Semakin berisi, semakin menunduk. Ertinya, semakin tinggi ilmu seseorang maka harus semakin tawadhu '(rendah hati), kerana pada hakikatnya ilmu manusia hanyalah titisan air yang jatuh dari paruh burung berbanding ilmu Allah yang melebihi luasnya lautan. Wallahu a'lam bish-shawab.

Selasa, 27 Oktober 2015

Bahayanya Perasaan UJUB Dalam Diri

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa misalnya:

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”



Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”(Surah An-Nisaa’, sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya”. (Syarh Arba’in)

Ujub ini adalah penyakit yang melanda semua manusia. Kita terdedah dengan ujub pada setiap ketika. Semoga Allah bersihkan hati kita untuk menidakkan sifat ujub ini. Takutnya jika amalan kita yang sedikit ini habis ditelan oleh ujub. - Wallahu'Alam

Kisah Hebatnya Penembak Tepat Al-Qassam



Ini kisah nyata. Dituturkan seorang sahabat yang pernah diberitakan hilang di Jalur Gaza selama hampir setahun lamanya. Dia orang Indonesia asli. Jika dia ingin hidup selesa, kaya raya. maka itu sangat mudah kerana dengan kepakaran yang dimilikinya, dia boleh dengan mudah mendapatkan pekerjaan yang sangat layak, kemudahan banyak, dan tentu saja gaji yang besar. Apalagi lelaki ini sangat bijak. Tapi semua itu ditinggalkannya.

"Saya sudah menetapkan hidup saya berkhidmat kepada Islam, memberikan semua yang saya punya untuk membantu perjuangan rakyat Palestin hingga akhir usia saya," ujarnya dengan suara pelan dan penuh ketawadhuan.

Panggil saja dia Abdullah. Di Indonesia, kemana-mana dia selalu naik motor Honda butut CB 100 lengkap dengan topi keledar cakil yang sudah lama dan tak ada kaca ini. Abdullah sudah membelikan sebuah unit usaha yang dijalankan isterinya sebagai sumber asap dapur mereka. Sehingga dia boleh berkosentrasi berjuang membantu rakyat Palestin.

Suatu hari, setelah sempat diberitakan hilang selama hampir satu tahun di Gaza, tiba-tiba dia nongol di pinggir ibu negara Jakarta. Kami bertemu. Dan seperti biasa, dia menuturkan semua kisah yang dialaminya kepada Eramuslim. Dari banyak kisahnya, salah satu yang menarik adalah mengenai unit khas sniper yang dimiliki Batalion Izzuddin Al-Qassam, unit ketenteraan HAMAS.

"Jika dunia dan para pemerhati tentera antarabangsa adil, seharusnya sniper Al-Qasaan menduduki rangking pertama sebagai sniper paling tangguh dan ditakuti dunia," ujarnya memulakan kisah.

Al Qassam, katanya, mempunyai unit khas sniper yang terdiri dari pejuang laki-laki maupun perempuan. Namun yang diekspose selama ini kebanyakan unit sniper laki-laki.

"Semasa di Gaza, saya sempat bersama-sama dengan mereka. Sniper-sniper al-Qassam ini sungguh hebat. Mereka adalah orang-orang terbaik, hafal Quran, selalu melaksanakan puasa Daud, tahajud, dan sebab itu mempunyai kekuatan dan kemampuan yang sungguh dahsyat dalam jihad menegakkan agama tauhid ini. Para sniper al-Qassam sanggup bertahan di satu titik, apakah itu di dalam gua, di dalam bangunan-bangunan tinggi yang sudah hancur terkena bom, atau di lokasi-lokasi yang tersembunyi namun sangat mudah, selama berhari-hari hanya ditemani oleh Mushaf Quran, sebotol air mineral, dan sepotong roti kering. Mereka ribad (berjaga-jaga) tak kenal lelah dan tidur hanya seperti yang diperlukan dalam kewaspadaan yang sangat tinggi. "

"Saya sempat bertanya kepada mereka, apakah mereka tidak pernah bosan. Mereka dengan mantap berkata jika mereka dilahirkan, hidup, dan mati, hanya untuk menjaga agama Allah swt dan kaum Muslimin seluruh dunia. Jawapan mereka membuat saya menangis. Saya teringat betapa banyaknya kaum Muslimin di dunia ini yang tengah terlena oleh kehidupan dunia yang menipu. Bersama para pejuang-pejuang ini, hati saya selalu dekat dengan Allah swt. "

"Saya juga sempat bertanya pada beberapa sniper yang saya temui, sama ada mereka mempunyai keluarga? Anak dan isteri? Sebahagian mengaku masih bujang dan sebahagian lagi sudah berkeluarga. Ada yang anak isterinya sudah syahid terlebih dahulu, dan ada pula yang masih utuh. Sejak awal perkahwinan kami di sini sudah memaklumi jika perkahwinan kami adalah pernikahan yang semata-mata untuk meninggikan kalimat Allah swt. Keluarga kami yang kami bangun adalah keluarga yang semata-mata untuk memperjuangkan agama Allah swt. Sebab itu, tidak ada rasa berat apa pun ketika kami harus berpisah dengan keluarga, kerana kami yakin, di jalan ini, kami akan dikumpulkan lagi kelak di Jannah dalam keadaan yang jauh lebih baik dari dunai dan seisinya ... "

"Apakah kalian bersekolah?" Tanya Abdullah kembali.

Mereka menjawab, "Ya, tentu saja. Bahkan banyak dari kami yang sudah sarjana, jurutera, guru, dan lain-lain ... "

"Apa mesej dan salam kalian kepada Muslim Indonesia khususnya dan dunia pada umumnya?"

Beberapa pejuang berkata, "Peganglah Islam dengan kuat, bahkan dengan nyawa kalian. Doakanlah kami agar kami sentiasa kuat dan tabah berjuang menegakkan agama Allah swt ini, sebagaimana kami selalu berdoa untuk saudara-saudara kami, umat Islam Indonesia, Malaysia, Turki, Bosnia, Afghanistan, Syams, dan lain-lain. Ketahuilah jika dunia yang banyak orang dipandang indah, sesungguhnya kesenangan yang menipu. Akheratlah tempat akhir umat Islam. Di sana kita akan hidup dan dikumpulkan dalan kebahagiaan yang sejati. Allah swt yang menjanjikan ini dan janji Allah swt adalah sebaik-baiknya janji. Allahu Akbar! "

*sumber dari eramuslim.com

Fakta Menarik Dalam ISLAM



1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir. Aku yakin, ramai yang tak tahu nama sebenar firaun. Betul tak?


13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden. Aku pasti, ramai yang tak tahu fakta nih..

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

6 Bentuk Dandanan Yang Ditegah Untuk Muslimah

TIDAK semua dandanan dan solekan bagi suami itu halal, ada cara dandan yang haram dan bertentangan dengan Islam. Misalnya mengikuti cara berpakaian wanita kafir yang tidak pernas solat, wudhu, dan tidak menjalankan hukum syariat.

Wanita muslimah yang menghormati dirinya sendiri pasti takkan sudi menyerupai wanita-wanita kafir dan fasik. Dia akan konsisten menjaga agama dan dirinya yang telah dimuliakan oleh Islam. Wanita muslimah wajahnya akan kelihatan bersinar dengan air wuduk yang digunakannya untuk beribadah.

Oleh kerana itu, dia akan memilih dandanan dengan hiasan yang dibolehkan dan sesuai dengan sosoknya sebagai seorang muslimah.

Berikut beberapa dandanan dan hiasan yang haram:

Pertama, berlebihan dalam berhias dengan menghabiskan masa yang cukup lama dan wang yang tidak sedikit untuk mencari kosmetik, pakaian, serta ornamen hiasan terbaru yang dilancarkan ke pasaran.
"Sesungguhnya pembaziran itu adalah saudar syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya," (QS. Al-Israa ayat 27).


Kedua, menghabiskan banyak masa di depan cermin dengan bersolek berbagai macam kosmetik. Sebab segala sesuatu yang berlebihan dan melampaui batas, akan menjadikan perkara yang negatif.

Ketiga, Rasulullah SAW bersabda, "Allah melaknat wanita yang membuat tato dan meminta ditato, yang mencabut bulu kening dan meminta dicabut, yang merenggangkan gigi dan memperindahnya, serta wanita-wanita yang mengubah ciptaan Allah." (HR. Al-Jami ash-Shaghir ).

Keempat, Rasulullah SAW bersabda, "Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta disambungkan rambutnya." (HR. Al-Jami 'ash-Shaghir).

Kelima, Rasulullah SAW bersabda, "Allah melaknat wanita yang menyerupai laki-laki." (HR. Al-Jami ash-Shaghir).

Keenam, Rasulullah SAW bersabda, "Laki-laki tidak boleh melihat aurat laki-laki lain, dan wanita tidak bboleh melihat aurat wanita yang lain," (HR. Muslim).
Sudah jelas bukan bahawa berpakaian dengan berlebihan hanya akan membuatmu melanggar peraturan-peraturan Allah, untuk itu taatilah perintah Allah dan berdoalah supaya hati tetap istiqomah di jalan-Nya. Dan Allah menjadikan kita wanita muslimah yang seutuhnya.

*sumber dari islampos.com