
"Tidak mampu kucari kesempurnaan kerana hanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihiwasallam sahaja yang ma'sum, namun aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk menuruti jejak langkah Baginda.."
Rabu, 16 Disember 2015
Sabda Rasulullah S.A.W Mengenai Sendi Manusia ! Allahu Akbar !

Kisah Seorang Isteri Yang Memandikan Jenazah Suaminya ..
Seorang isteri menangis-nangis nak memandikan jenazah suami dia. Namun, bapak mertua dan polis forensik tidak bagi. Maka menangislah si isteri dan sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri. Jika abang mati dulu kamu (isteri) memandikan jenazah abang, dan seandainya kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan memandikan jenazah kamu.
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk dan bertanya apa hal, selepas itu ustaz tersebut pun berkata boleh dan berkata tidak mengapa kalau isteri nak memandikan jenazah suami. Maka ustaz tadi bersama beberapa orang lagi menemankan si isteri mandikan jenazah suaminya.
Waktu memandikan jenazah suaminya dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti..”.
Ketika membasuh tangan jenazah suaminya, si isteri sambil berkata “tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. Moga Allah beri pahala untuk mu suami ku..”.
Ketika membasuh tubuh jenazah suaminya, si isteri sambil berkata “tubuh inilah yg memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”.
Seterusnya, ketika membasuh kaki jenazah suaminya, beliau sambil berkata “dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang… moga Allah berikan abang kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya”.
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu jenazah suaminya dan berkata “terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu.”
Ya Allah… betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya…
Soal Jawab : Hukum Isteri Melayan Kenalan Lelaki di Facebook
Soalan : Apakah hukumnya seorang isteri sudah berkahwin melayan rakan facebook yang lelaki yang bukan mahram dan mendedahkan aib suaminya di facebook?
Jawapan : Menggunakan kemudahan facebook boleh jatuh wajib, sunat, makruh, haram atau harus. Jatuh wajib apabila ada pengguna facebook yang menghina Islam dan Rasulullah SAW untuk mempertahankannya kita wajib menjawab dan mempertahankan Islam dan kemuliaan baginda supaya umat islam tak keliru dan percaya kepada tohmahan orang kafir atau munafik. Sunat jika kita gunakan segala kemudahan facebook untuk sebarkan Islam dan mendatangkan manfaat kepada pengguna media sosial.
Makruh jika membuang masa sia-sia untuk berseronok-seronok, main game dan sembang-sembang kosong berchatting. Haram jika isteri mendedahkan aib suaminya dan haram jika perhubungan facebook tersebut boleh mendatangkan fitnah dan boleh mendorong untuk menghampiri zina (contoh suami bercinta dengan isteri orang, isteri bercinta dengan suami orang dan masing-masing mendedahkan aib pasangan masing-masing).Wanita yang sudah bersuami jika dia bercinta dengan suami orang hukumnya haram dan berdosa besar. Akan jatuh haram juga jika kemudahan internet di gunakan untuk menyebarkan fitnah, mengumpat dan mengaibkan orang lain dan harus jika penggunaan internet tidak menambah ilmu yang bermanfaat dan tidak mendapat dosa dengan menggunakannya.
Jika seorang lelaki bujang atau sudah berkahwin mengetahui bahawa rakan facebooknya wanita yang sudah bersuami maka perlulah jaga batas-batas percakapan dan perhubungan. Cuba elakkan berkongsi pengalaman hidup dan masalaah rumah tangga, kerana menceritakan keaiban suami akan boleh mendorong masalah yang lebih besar dan boleh merosakkan rumah tangga tersebut. Para isteri hanya boleh berkongsi dengan para wanita lain atau pakar kaunseling yang bertaulaih untuk mendapat khidmat nasihat yang di perlukan.
*sumber tanyalahustaz58.blogspot.my
*sumber tanyalahustaz58.blogspot.my
Dilontar Kepala Babi, Masjid Balas Dengan Jamuan
PHILADELPHIA: Masjid Al-Aqsa di utara Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) dicemari minggu lalu apabila rakaman video litar tertutup menunjukkan kepala babi dilontar dari sebuah trak ke arah pintu hadapan masjid tersebut, lapor The Philadephia Inquirer.
Masjid yang juga berfungsi sebagai bangunan Persatuan Islam Al-Aqsa itu telah menerima banyak sokongan dalam bentuk e-mel, kiriman bunga, malah makanan selepas peristiwa itu tersebar di Internet.
Bagi menyampaikan ucapan terima kasih ke atas sokongan dan simpati yang diterima, persatuan tersebut mengambil keputusan untuk mengadakan jamuan untuk masyarakat tempatan, lapor AP.
Majlis yang diadakan di ruang parkir itu dihadiri masyarakat berbilang bangsa dan agama, kesemuanya menyatakan sokongan terhadap masjid atas insiden yang telah berlaku.
“Terima kasih yang istimewa atas sokongan, kerjasama, dan kasih sayang anda semua,” ujar Imam Mohamed Shehata dalam bahasa Arab yang kemudiannya diterjemah dalam bahasa Inggeris. “Kami menyambut anda semua dengan aman; dan keamananlah matlamat, harapan, dan keinginan kami.”
Ratusan jiran tetangga, agamawan, keluarga, dan orang awam memenuhi ruang parkir masjid di Germantown Avenue dan Jefferson Street untuk acara tengah hari itu.
Kesemua tetamu memakai tanda nama yang bertulis nama masing-masing dalam bahasa Arab. Mereka semua dijamu dengan sosej, burger, dan falafel. Para remaja kelihatan bermain bola keranjang dan bola sepak. Organisasi seperti Council on American Islamic Relations (CAIR) membuka kaunter penerangan untuk menyebar informasi.
Sokongan masyarakat tempatan yang ditunjukkan kepada masjid ini dianggap penting selepas perkembangan semasa di Paris dan San Bernardino telah meningkatkan serangan orang awam terhadap rumah ibadah Muslim di seluruh AS.
Menurut CAIR, masjid dan pusat Islam di seluruh AS telah diserang dan diganggu sebanyak 63 kali tahun ini, angka tertinggi sejak 2009.
Diasaskan pada tahun 1989, bangunan persatuan Al-Aqsa ini menempatkan dewan solat, sekolah persendirian, dewan awam, kedai makanan, dan juga ibu pejabat Arab American Development Corp.
Kelantan Ikut Langkah Johor Haramkan VAPE
Sumber : Astro Awani

KOTA BHARU: Tiada lagi penjualan vape atau rokok elektronik di Kelantan bermula tahun depan.
Laporan Berita Harian menyatakan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood memberitahu, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan sebentar tadi.
Keputusan itu diambil berdasarkan laporan daripada pelbagai pihak tentang kesan vape, termasuk daripada Jabatan Kesihatan, Jabatan Mufti dan pihak keselamatan.
Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan negeri telah mengarahkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan notis 14 hari untuk pemilik mengosongkan premis perniagaan daripada kegiatan perniagaan berkenaan.
Penguatkuasaan akan bermula 1 Januari 2016.
Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, menitahkan agar penjualan rokok elektronik atau vape diharamkan di negeri tersebut.
KOTA BHARU: Tiada lagi penjualan vape atau rokok elektronik di Kelantan bermula tahun depan.
Laporan Berita Harian menyatakan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood memberitahu, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan sebentar tadi.
Keputusan itu diambil berdasarkan laporan daripada pelbagai pihak tentang kesan vape, termasuk daripada Jabatan Kesihatan, Jabatan Mufti dan pihak keselamatan.
Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan negeri telah mengarahkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan notis 14 hari untuk pemilik mengosongkan premis perniagaan daripada kegiatan perniagaan berkenaan.
Penguatkuasaan akan bermula 1 Januari 2016.
Langgan:
Ulasan (Atom)