Selasa, 15 September 2015

Kisah Mimpi RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:


"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUAIBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLASkepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DANUMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 


INDAHNYA BERSEDEKAH

Image result for indahnya bersedekah

Image result for indahnya bersedekah



Kita Doakan Kesejahteraan Roh & Jiwa Mangsa Kren Jatuh Di Mekah ..

Tiga lagi jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Makkah, Jumaat lepas, menjadikan empat mayat jemaah negara ini telah dikenalpasti.
Manakala seorang lagi ditemui selamat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Ketiga-tiga mereka yang meninggal dunia berasal dari Kelantan yang dikenali sebagai Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku.
Dengan pengesahan terbaharu itu menjadikan empat mayat jemaah haji Malaysia telah dikenal pasti. Mayat pertama dikenal pasti awal malam ini ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak.
Semasa sidang media lewat malam tadi, Jamil Khir juga mengesahkan pihak Tabung Haji juga telah menemui semula seorang jemaah Malaysia, yang dilaporkan hilang dalam tragedi itu, Abdul Muluk Ishak, 71, dari Pantai Remis, Perak.
Sehingga kini tiga lagi jemaah haji yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah) dan Zainun Taha, 69, (Ampang, Selangor).
Jamil Khir berkata ketiga-tiga jenazah itu dikenal pasti pada 6 petang (waktu Arab Saudi) melalui paparan gambar serta barangan pengenalan jenazah di rumah mayat.
"Ketiga-tiga jenazah telah dikenal pasti oleh waris-waris mereka di Tanah Suci," katanya.
Mengenai Abdul Muluk, katanya jemaah haji itu terselamat dalam insiden berkenaan dan dilaporkan tersasar ke kediaman jemaah haji Thailand pada hari kejadian serta beliau dalam keadaan sihat.
"Beliau yang dikatakan seorang yang mudah lupa dihantar ke pejabat agensi pengurusan haji tempatan (Andalusia) oleh pihak Muasassah Thailand sebelum dibawa ke Ibu Pejabat TH di Mekah," katanya.
Katanya semua pihak amat berdukacita, bersimpati dan mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga Allahyarham dan menasihati anggota keluarga untuk
bersabar dan tabah dengan dugaan ini.
Beliau berkata Kerajaan Arab Saudi menempatkan kesemua jenazah di rumah mayat Muaissem, yang terletak berdekatan dengan Mina, Makkah.
Tabung Haji akan terus berusaha sedaya-upaya untuk terus mencari mangsa-mangsa di hospital berdekatan serta memastikan segala proses-proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin, kata Jamil Khir.
- Bernama

KISAH SEORANG PEMBELI KERETA YANG TERANIAYA

Satu luahan dari seorang pembeli kereta, Bard Rahman menjadi viral di media sosial. Secara pendeknya, Bard Rahman kini pening memikirkan nasibnya yang sudah buntu kerana perlu membayar cukai kereta sebanyak RM116,000 dan juga loan RM134,000 walaupun keretanya telah disita oleh Kastam kerana terdapat pemalsuan pada dokumen cukai keretanya.

Difahamkan sebelum membeli kereta jenis Mitsubitshi Grandis pada dua tahun lepas, Bard Rahman telah pun membuat semakan di JPJ Bangi untuk mengesahkan kereta yang bakal dibeli sudah dijelaskan cukainya dan sistem komputer mengatakan cukainya sudah jelas.


Kereta terbabit dikatakan berasal dari Langkawi sebelum dimasukkan ke semenanjung.

Setelah dua tahun, kereta Grandis itu disita oleh Kastam yang berkata dokumen cukai keretanya telah dipalsukan dan kini Bard Rahman buntu kerana dia terpaksa membayar cukai kereta tersebut berserta dengan loan kereta walaupun ia telah disita.

Baca luahan lengkap dari Bard Rahman.

-LUAHAN KISAH SAYA YG TELAH DIANIAYA-

PROSES PEMBELIAN

Pada tarikh 21 Oct 2011 saya telah membeli sebuah kenderaan mitsubitshi grandis bernombor pendaftaran WVX9409 di sebuah kedai kereta terpakai yang bernama Sanyu Auto Sdn Bhd beralamat Lot317, Bt 12 3/4, Jln Cheras, 43000 Kajang, Selangor dengan harga RM144,000.00. Pihak kedai menguruskan pinjaman saya dengan Public Bank Berhad sebanyak RM134,000.00.

Kereta tersebut berasal dr Langkawi dan telah masuk ke semananjung. Pihak kedai telah mengemukakan dokumen cukai tersebut kepada saya tetapi utk kepastian sy telah membuat semakan di JPJ Bangi akan kesahihan kereta ini sebelom membeli. Pegawai JPJ yg bertugas ketika itu mnyemak didlm sistem komputer dan mengatakan kereta tersebut telah memasuki ke semenanjung dan segala cukai telah dibayar. Oleh yg demikian sy yakin dan membeli nya dan mngunakan selama 2 tahun.

KASTAM DIRAJA MALAYSIA
Namun pada 21 Oct 2013 pihak Kastam Diraja Malaysia telah menyita kenderaan saya dan mengikut pegawai Pn Ewa Bt Mohd Yussoff mengatakan bhwa kenderaan sy disyaki tidak membayar cukai kerana terdapat pemalsuan dokumen K1 oleh pihak yg tidak bertanggunjawab.

Oleh yang demikian saya terpaksa menyerahkan kenderaan saya dan memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak Public Bank Berhad. Menjadi persoalan bagaimana dokumen palsu seperti ini mudah melepasi Kastam Diraja Malaysia sehingga pihak JPJ boleh mengatakan bahawa segala cukai telah diselesaikan dan seterusnya pihak bank boleh diperdaya dengan maklumat2 ini atau mungkin terdapat org dalam yg bersekongkol dengan sindiket tersebut.

Sehingga kini kes saya masih di dalam siasatan pihak JKDM Putrajaya dan sy telah berjumpa dengan Pegawai yg bertugas iaitu Tuan Wong selaku Ketua Bahagian Pencegah & Penilaian, beliau memaklumkan tiada apa yang boleh dibantu dan hanya meminta saya membuat bayaran sedangkan mereka mereka tahu terdapat sindiket yang melakukan kerja terkutuk itu. Namun pengguna mcm sy yg akhirnya dipersalah dan dibebani dengan cukai sebanyak RM 116k dan hutang pinjaman yg perlu dibayar.

PIHAK PUBLIC BANK BERHAD
Sejak dari tarikh penyitaan kereta tersebut, saya telah menangguhkan bayaran pembiayaan kereta tersebut bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik berhubung masalah ini.Namun pihak bank tidak dapat mempertimbangkan perkara ini sehingga menyebabkan nama saya telah disenarai hitamkan di dalam laporan kredit yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Sy telah mmbuat aduan kepada pengurus Mr Teo CH Public Bank Taman Maluri namun tiada jawapan penyelesaian. Kemudian sy berurusan pula dgn Ketua Bahagian Kredit Public Bank K Lumpur iaitu Pn Saraswatie namun beliau sekerasnya meminta saya menyelesaikan hutang agar tidak disenaraikan bankrupsi .

Setahu saya juga pihak bank juga perlu memeriksa dan memastikan segala butiran dan dokumen pembelian sebelom meluluskan pinjaman kepada saya.

Selain itu sy juga berurusan melalui website aduan dengan pihak Bank namun mereka menjawab dengan jawapan yg sama dan mmberi amaran untuk menyelesaikan cukai kastam tersebut.

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Sehubungan dengan itu saya telah membuat laporan polis akan perkara yg terjadi di Balai Polis Pelabuhan Klang namun tiada tindakan susulan dr pihak bekuasa tersebut. Amat mendukacitakan apabila pihak bekuasa seperti ini tidak menghiraukan kes jenayah komersial seperti ini.

KPDNKK
Saya juga telah membuat aduan di KPDNKK putrajaya atas masalah sy ini tapi mereka tidak dpt membantu dengan alasan diluar kuasa mereka sedang kan setahu sy kementerian ini seharusnya membantu pengguna2 yg teraniaya seperti sy.

KESIMPULAN
Setelah 2tahun kes ini masih belom selesai dan mnjdi masalah kepada saya ini kerana ia menyukarkan saya untuk membuat pinjaman untuk rumah mahupon kereta. Sehingga kini sy terpakse menumpang di rumah ayah sy.Lebih menyedihkan lagi name isteri sya juga terlibat selaku gerentor pinjaman kereta tersebut. Kami tidak mampu lagi membuat ape2 pinjaman dengan mana2 bank.

Kami membeli kereta utk keperluan bukan utk ditipu sebegini. Sy mohon kan keadilan sbb sy telah dianiaya oleh pihak2 yg tidak betanggungjawab ini .

Akhir kata dr sy bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku dan terlepas dr pihak kastam dan pihak bank?

Apa yang saya perlu buat? Siapa yang boleh bantu mohon hubungi saya.
Sekian dr saya yang runsing.
Ahmad Bakhtiar B Abdul Rahman

Jutawan Mesir Mahu Bina Pulau Bantu Pelarian Syria

Simpati dengan nasib yang menimpa ratusan ribu pelarian Syria, seorang jutawan Mesir, Naquib Sawiri menyatakan hasratnya untuk membeli sebuah pulau bagi untuk penempatan mangsa-mangsa.


Beliau sedang mempertimbangkan mana-mana pulau yang bersesuaian di Greece atau Itali.

Hal itu diumumkan Naquib melalui laman mikro Twitter.







Naquib mengesahkan hasratnya itu melalui temubual bersama media antarabangsa AFP.

Dikatakan beliau akan menamakan pulau berkenaan sebagai Aylan, bersempena nama salah seorang mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak Syria berusia 3 tahun yang mati lemas bersama ibu dan abangnya selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Turki.


** Semoga hasrat murninya dikabulkan oleh Allah S.W.T dan dipermudahkan .. kita patut menyokong seandainya ini jalan terbaik untuk membantu sesama manusia sesuai dengan fitrah manusia yang sentiasa dahagakan keamanan dan keselamatan.. malah hanya dengan keamanan dan keselematanlah kita dapat melebarkan syiar Islam di muka bumi ini.. Wallahu'alam..




Rahsia Kulit Pisang Yang Perlu Anda Tahu !

SELEPAS makan pisang, anda mungkin membuang kulitnya. Namun tahukah anda bahawa kulit pisang sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan? Daripada kecantikan sehinggalah tanaman.
Dalam laporan kali ini, kami bawakan beberapa manfaat kulit pisang yang menakjubkan, tetapi jarang diketahui,

Kulit pisang boleh digunakan untuk kompos dan menyuburkan tanaman. Anda boleh menggunakan kulit pisang dengan memotong-motong, kemudian menaburkannya pada tanaman.


Kulit pisang akan buat tanah lebih subur dan tanaman cepat tumbuh. Anda juga boleh gunakan kulit pisang untuk menyiram tanaman. Caranya: rendam kulit pisang dengan air.

Kemudian campurkan air tersebut dengan lima bahagian air bersih yang biasa. Akhirnya, siramkan air berkenaan terus pada tanaman terbabit.

Menyembuhkan luka
Ramai tidak tahu kulit pisang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan membuat luka cepat sembuh terutama pada waktu kecemasan.

Caranya ialah dengan menggosokkan kulit pisang pada bahagian yang cedera, atau menampalkannya pada bahagian luka untuk satu malam.

Ini mungkin nampak lucu dan ala siri drama popular 1980-an MacGyver; namun tentunya anda perlu membersihkan kulit pisang sebelum itu.

Mengilaukan bahan kulit, perak
Menggosok bahan kulit, seperti beg atau kasut yang diperbuat daripada kulit, dengan kulit pisang boleh membuatnya kelihatan berkilat seperti jika menggunakan pengilap.

Bukan itu sahaja, rendaman kulit pisang juga boleh digunakan untuk membuat bahan-bahan perak menjadi lebih berkilau. Tidak percaya, cuba dahulu di rumah.

Menghilangkan kutil
Kulit pisang juga didakwa ramai pakar perubatan tradisional sebagai boleh menghilangkan kutil.
Caranya adalah dengan menampalkan kulit pisang pada kutil dan hanya membiarkannya semalaman.
Memang nampak kelakar tetapi cara itu diketahui boleh mengempiskan kutil secara beransur-ansur.
Menghalau serangga

Ini pasti lebih mesra alam dan dijamin bebas daripada penggunaan racun bahan kimia.
Kulit pisang boleh membantu untuk menghalau serangga perosak seperti lalat daripada tanaman.
Anda hanya perlu menaburkan sahaja kulit pisang pada tanaman tersebut, atau tanam kulit pisang di kebun.

Selasa, 8 September 2015

Renungan Bersama .. Muahasabah Diriku Jua ..



IBU ...KASIHNYA IBU

BERKATA BAIK


Pekerja hospital kantoi mandi dalam periuk ??? - Sinar Harian

Pekerja hospital kantoi mandi dalam periuk

SEBUAH rakaman video yang memaparkan seorang pekerja hospital mandi di dalam periuk yang digunakan 

untuk memasak kepada pesakit di hospital berkenaan tersebar di laman sosial.

Video menunjukkan, pekerja yang masih memakai uniform hospital duduk di dalam sebuah periuk besar 

sementara salah seorang pekerja yang lain menuang air ke kepalanya menggunakan jag plastik.

Turut kedengaran suara ketawa dia dan beberapa orang yang berada dikelilingnya.

Kejadian dipercayai berlaku di Hospital Traumatology dan Orthropedics, Puebla, tengah Mexico.

Video tersebut dikongsi oleh pengguna laman sosial dan kini video yang berdurasi 30 saat itu, di tonton hampir 

87,000 tontonan di Facebook.

Memetik laporan Mirror.uk, Instititut Keselamatan Sosial Mexico sedang menyiasat insiden tersebut. - SH

MASIHKAH ADA TAUBAT BAGI DOSA YANG BERULANG?

Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Soalan: Prof Madya Dr MAZA, saya seorang pemuda dan sering melakukan dosa. Sudah berulang kali saya bertaubat. Tapi kemudian saya tidak mampu kawal diri, saya buat lagi. Sudah berapa kali saya taubat sehingga saya rasa Allah sudah tidak mahu terima lagi taubat saya. Adakah taubat saya palsu? Adakah saya bohong Allah? Saya terus hanyut dengan perbuatan saya sendiri. Saya hendak taubat lagi, tapi rasa macam Allah dah tidak terima, atau takut saya sendiri ulang lagi. Boleh tak Dr berikan nasihat kepada saya?

Safwan, Melaka.

Jawapan Dr MAZA: Saudara, perasaan kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa saudara –alhamdulillah- menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri saudara. Semoga kita semua selalu dibimbing Allah ke jalanNya yang lurus. Untuk soalan saudara maka saya jawab seperti berikut;

1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).
Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.
2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.
Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.
3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.
4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.
berdoa3.jpg
5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.
7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).
Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.
8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).
9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)
“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).
Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

HUDUD & Beberapa Gambaran Salah - Dr. MAZA

HUDUD DAN BEBERAPA GAMBARAN SALAHProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Perbincangan ini menyambung artikel yang lepas tentang perlaksanaan hudud. Ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat.

Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir (discretionary punishment). Makanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk perlaksanaannya.

Seseorang muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisma mengatasi jenayah semata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan dan keamanan dalam negara.
Justeru itu, Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila isterinya Fatimah bertanya, dia berkata:
“Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang fakir yang lapar, yang sakit lagi derita, orang yang tidak berpakaian yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan hartanya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (Al-Zahabi, Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Masyahir wa al-A’lam, 7/197. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi/1407H)
Demikianlah gambaran tanggungjawab pemerintahan yang ada dalam pemikiran beliau. Tanggungjawab menyebarkan kebajikan, pembahagian harta yang adil dan amanah serta kebaikan untuk rakyat di segenap lapisan masyarakat. Tanggungjawab inilah yang beliau takut dan bimbang Allah hukum beliau di akhirat kelak. Inilah asas kerahmatan dalam kepimpinan negara yang berdasarkan wahyu Allah. Tanggungjawab pemerintah di hadapan Allah tentang kebajikan rakyat lebih ditakuti dibandingkan di hadapan rakyat sendiri atau ‘suruhanjaya rasuah’.
Itulah gambaran negara yang sepatutnya berada dalam pemikiran umat Islam yang cintakan Islam. Para sarjana Islam telah lama memperkatakan hal ini. Muhammad bin Ka’ab al-Qurtubi apabila diminta oleh ‘Umar bin Abd al-Aziz untuk menyifatkan keadilan pemerintah, katanya:
“Jadilah engkau bapa kepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara kepada yang sebaya. Demikian juga kepada wanita. Hukumlah manusia dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukul disebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalam golongan yang melampau”.( Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202. Beirut: Muassasah ar-Risalah/1417H).

- Gambar Hiasan
Membezakan Jenis Jenayah
Dalam hudud ada dua jenis dosa yang dihukum; pertama; dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan minum arak. Dosa bahagian ini lebih kepada merosakkan diri pelaku itu sendiri. Kedua; dosa yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya.
Dosa bahagian pertama Islam melarang kita melakukan tajassus ataupun intipan. Sementara dosa bahagian kedua, oleh kerana ia mengancam masyarakat dan fitnah lebih besar dari tajassus, maka intipan boleh dilakukan. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H):
“Aku katakan; jika hanya semata-mata sangkaan maka tidak mencukupi dalam hal ini. Bahkan mestilah dengan pengetahuan, jika tidak ia termasuk dalam tajassus yang dilarang berdasarkan dalil al-Quran. Namun dibolehkan untuk suatu kemaslahatan yang mana membantah kemungkaran itu lebih kukuh dibandingkan meninggalkan tajassus dan kerosakan meninggalkan bantahan terhadap kemungkaran lebih dahsyat dari kerosakan tajassus. Atau mungkin boleh digabungkan bahawa pengharaman tajassus berkaitan dengan tanpa pengetahuan (sangkaan) kerana tidak dinamakan tajassus jika perlaksananya benar-benar mengetahui”. (Al-Syaukani, Al-Sail al-Jarar, 4/591 Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah/1405H)
Hudud Dan Hak Privasi
Ramai akan menganggap, apabila hudud dilaksanakan bererti privacy individu akan terganggu. Intipan di sana-sini akan dibuat untuk mencari orang yang berzina dan minum arak. Ini diburukkan lagi dengan gambaran perlaksanaan sekarang yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa agama di sesetengah tempat apabila mereka seakan memasang ‘spy’ dalam mencari pelaku maksiat peribadi. Hal ini amat salah dan bercanggah dengan firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”
Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:
“Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan jenayah. Tidak pula menguatkuasakan polis pencari jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak kerajaan”. (http://www.qaradawi.net/library/53/2534.html.)
Kemudian beliau mengemukakan dalil riwayat al-Hakim daripada ‘Abd ar-Rahman bin ‘Auf :
“Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api di sebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat.
Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan ‘Abd ar-Rahman-: “Kau tahukah ini rumah siapa?”. Jawab: “Tidak”. Kata Umar: “Ini rumah Rabi’ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?”. Kata ‘Abd ar-Rahman: “Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: “Jangan kamu mengintip”. Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka”.( Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi).
Akibat dari amalan yang salah memberikan gambaran yang salah tentang hudud. Islam dalam urusan jenayah atau maksiat peribadi tidak membongkar yang tertutup, sebaliknya hanya mencegah yang nyata dan zahir sahaja. Seperti kata al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) :
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pencegahan) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini” (Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair/1990).
Membina Masyarakat Yang Pemaaf
Dalam perlaksanaan hudud, pemerintah hendaklah mendidik rakyat agar mengelakkan sikap suka mengangkat kes hudud kepada pihak mahkamah atau berkuasa. Sebaliknya, hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan diselesaikan diluar mahkamah. Ini seperti hadis Nabi s.aw:
“Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini”. Jawab Nabi s.a.w: “Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan”.
Lalu baginda membaca firman Allah: “Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).
Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan ‘mengidam’ untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka ‘penolong syaitan’.
Hudud Memerlukan Ijtihad Baru
Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan as-Sunnah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini. Cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira.
Demikian ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini. Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir (discretionary punishment).