Umum sudah sedia maklum dengan isu yang paling hangat pada masa ini. Dunia Islam telah diserang dari segala sudut yang ada demi untuk menjatuhkan moralk dan kesabaran penganutnya lantas membuktikan agenda barat bahawa Islam adalah agama berteraskan keganasan.
Ya.. sememangnya kita patut memberikan respon serta-merta apabila kita digugat oleh agenda yang sedemikian rupa. Bukan salah kita apabila terjadinya tindakbalas sebegitu di mana-mana majoriti komuniti Islam di dunia. Kita diprovokasi dan dihina, malah hampir menitis airmata apabila mengenangkan junjungan mulia kita digambarkan sedemikian rupa seoleh-oleh mereka yang melontarkan fitnah itu terlalu mulia. Itulah permainan syaitan laknatullah.
Kelmarin, berita di beberapa stesen televisyen memaparkan respon daripada Hillary Clinton iaitu S/U Amerika Syarikat yang mengatakan bahawa, penghinaan yang diterima oleh umat Islam bukanlah tiket untuk melancarkan serangan ganas atau melakukan rusuhan ke atas kepentingan-kepentingan mereka di serata dunia. Mungkin 'si boneka' ini memaksudkan pembunuhan dutanya di Libya barangkali. Namun, saya ingin memetik perkataanya iaitu "penghinaan yang diterima oleh umat Islam bukanlah tiket untuk melancarkan serangan ganas"...sila kita rujuk kembali kepada kenyataan Barack Obama sebelum ini di wawancara oleh David Letterman (sebuah rancangan bual bicara di televisyen Amerika), yang mana dinyatakan "Amerika memperjuangkan kebebasan bersuara dan mengutarakan pendapat"...
Baiklah.. cuba kita bidas kembali kepada mereka ini bahawa "kebebasan bersuara bukanlah tiket untuk melancarkan penghinaan ke atas agama lain!!" Sungguh licik mereka bermain kata-kata.. mereka menyalahkan umat Islam apabila melakukan tindakbalasd ke atas isu ini, namun mereka menutup kesalahan mereka apabila membiarkan rakyat mereka mengambil kesempatan di atas tiket kebebasan bersuara !! Ingatlah wahai saudara-saudaraku akan firman Allah di dalam kitabNya Al-Quran yang berbunyi:"Tidak akan redha puak Yahudi dan Nasreani (kristian) itu selagi kamu (Islam) tidak mengikut agama/budaya hidup mereka.." - Al-Quran.
Belum pun isu ini lenyap dan reda, timbul pula provokasi daripada media P{erancis yang mengeluarkan karikatur membayangkan Nabi kita dalam keadaan sangat mengaibkan. Apakah ini boleh juga dikatakan kebebasan bersuara?? Apakah menunjukkan kebebasan itu hanya dapat dicapai dengan melancarkan momokan jahat ke atas Islam? Ternyata mereka tidak takut kepada Islam dan ummatnya pada masa ini. Apakah yang Islam dan ummatnya boleh lakukan kepada mereka?
Mahu tidak mahu, kita perlu akui, ummat Islam sekarang semakin lemah. Kita hany abangkit apabila dimomokkan dan dihina. Namun di waktu lain kita tidur dan mengikut 100% cara hidup Barat yang nyata telah memesongkan kita tanpa sedar atau tidak. Hiburan membabi-buta, teknologi melalaikan anak-anak muda, muzik berleluasa tidak kira waktu solat atau bulan RAamadhan... adakah kita sedar akan kelemahan kita telah sekian lama diperhatikan oleh musuh-musuh Islam ini?? Pastinya ada yang sedar, namun lebih ramai yang tidak sedar dan buat-buat tidak sedar..
Lihatlah dunia Arab.. dalam masa ini mereka tidak sepakat menyatakan pendirian penentangan terhadap isu ini. Apakah yang telah kita dengar dari dunia Arab? Mungkin hanya 3-4 negara yang memberikan tindakbalas.. Namun selebihnya?? Lebih sibuk dengan isu pemberontakan dalaman antara umat Islam sesama sendiri, perebutan kuasa, perebutan wilayah dan lain-lain. Mungkin ini tanda Allah ingin menguji sejauh mana kekuatan ukhuwwah kita sesama Islam. Ayuhlah... umat Islam di Malaysia yang tercinta ini. Kita lupakan latar belakang bangsa..asalkan kita Islam, tidak kiralah kita dari bangsa Cina atau India atau Melayu atau lain-lainnya. Yang penting kita adalah Islam dan berkiblatkan satu Tuhan iaitu Allah Rabbul Jalil dan menjunjung Muhammad Sallallahu 'Alaihiwasallam sebagai utusan dan kekasih Allah yang mulia. Panjatkanlah doa kita menyokong kekuatan Islam dan semoga Allah memelihara kemuliaan agama suci ini. Janganlah pada masa ini kita berpecah mengatakan itu bukan urusan kita, kerana Allah sedang memerhatikan tindakan kita. Sekiranya tiada, dikhuatiri bala Allah akan menimpa kerana kita mengabaikan agamaNya di saat yang paling kritikal ini.
Wahai alim ulama dan pemimpin.. bersatulah demi Islam.. bukan demi agenda kepemimpinan wilayah atau bangsa yang sangat kecil. Kerana hanya dengan Islam kita akan bersatu kembali sepertimana Rasulullah menyatukan Muhajirin dan Ansar sehingga mengukuhkan kota Madinah suatu waktu dahulu... Insyaallah semiga dengan itu kita akan beroleh kekuatan dan kemenangan... - wallahu'alam...
~~~ Pejuang Kedamaian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan