Isnin, 17 September 2012

Ayuhlah bangkit kerana cintakan Rasulullah...

Bismillahirrahmaanirrahim.. Setelah sekian lama bercuti, menyambut kemenangan sebulan Syawal, sementelahan pula dengan kesibukan tugas harian, agak lama untuk menyelongkar buah fikiran menulis segala yang terlintas.. Mungkin lebih sesuai kiranya menyentuh tentang momokan ad-dajjal laknatullah ke atas kesucian Islam akhir-akhir ini..umum sedia maklum bahawa junjungan mulia kita Muhammad Sallallhu'alaihi Wasallam telah diterjemahkan melalui filem pendek paling hina ke atas peribadi baginda sepanjang zaman ini.. Teringat di kala ini bahawa benar dan tidak ada keraguan lagi pada Kalamullah akan ayatnya yang berbunyi "Tidak akan redha Yahudi dan Nasrani itu ke atas kamu (ISLAM) sehinggalah kamu taat menurut jalamereka"..-AlQuran.. (maaf kerana saya kurang ingat akan surah ini dinyatakan). Sedarlah wahai muslimin & muslimat, andai ada antara kita redha atau tidak langsung berasa sedih atau marah ke atas pencabulan ad-dajjal laknatullah ini, maka pasti Allah akan menjanjikan sesuatu yang amat dahsyat kepada kita di akhirat kelak, kerana membiarkan sahaja kekasihNya dihina sebegitu rupa.. Ayuh.. Sertakanlah doasupaya pencabulan ini dihukum seadilnya oleh Allah Azzawajalla yang mana dengan itu akan takut dan lemahlah musuh Allah yang terlaknat itu dari mencemari agamaNya yang suci ini.... Sedarlah..doa itu perisai bagi orang mukmin, janganlah kita hanya berdiam diri terhadap isu ini.n..Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan