Rabu, 4 Julai 2018

Kes Najib Razak: Sidang media Peguam Negara tergendala, bertukar kecoh

KUALA LUMPUR: Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur yang menyaksikan pendakwaan kes bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertukar kecoh apabila sekumpulan orang awam dipercayai penyokong bekas pemimpin itu dilihat cuba mengganggu sidang media oleh Peguam Negara, Tommy Thomas.
Kes Najib Razak: Sidang media Peguam Negara tergendala, bertukar kecoh
Mereka sebelum itu cuba menyertai sidang media di ruang lobi mahkamah.

Keadaan bertukar kecoh apabila kumpulan itu melaungkan dengan kuat terhadap Thomas agar beliau menyampaikan sidang media dalam Bahasa Melayu.
Thomas kemudian bertindak keluar dari lobi mahkamah.

Kumpulan penyokong itu kemudian terus mendesak Thomas hingga ke luar lobi.

Sidang media yang sepatutnya diadakan kemudiannya dibatalkan dan Thomas keluar dari mahkamah menaiki kenderaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan